Kereta api tersebut memulakan operasinya hari ini dan akan bergerak meliputi kawasan antara New Delhi serta bandar Noida, sejauh 12.6 kilometer.

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan menjelaskan kereta api itu tetap akan beroperasi dengan menggunakan pemandu dalam tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun lagi. - AP