Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Narendra Modi mengadakan mesyuarat tergempar berikutan kemarahan rakyat negara ini terhadap kes rogol yang semakin berleluasa.

Ordinan Eksekutif melalui pindaan undang-undang jenayah itu turut menyenaraikan hukuman lebih berat terhadap perogol yang merogol remaja berusia bawah 16 tahun.

Hukuman tersebut akan berkuatkuasa sebaik sahaja dokumen berkenaan ditandatangani Modi.

Terdapat 40,000 kes rogol yang dilaporkan pada 2016 dan 40 peratus kes berkenaan melibatkan kanak-kanak. - Reuters

habis.