Menurut satu laman sesawang berkaitan, pelancaran roket yang dikenali sebagai Geosynchronous Satellite Launch Vehicle (GSLV) Mk III, atau ‘Fat Boy’ itu dianggap sebagai ‘hari bersejarah untuk India’.

Difahamkan, dengan adanya roket itu, ia secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) terhadap Eropah dalam melancarkan satelit bersaiz besar dan berat.

Sementara itu, BBC dalam laporannya membandingkan berat roket tersebut dengan kira-kira 200 ekor gajah atau lima buah jet jumbo. - REUTERS/AGENSI