Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

India lancar 104 satelit serentak

ORANG ramai menyaksikan pelancaran PLSV di Sriharikota semalam. Kejayaan itu melonjakan reputasi Ind
ORANG ramai menyaksikan pelancaran PLSV di Sriharikota semalam. Kejayaan itu melonjakan reputasi India sebagai pemain utama dalam industri angkasa lepas. - AFP

NEW DELHI 15 Feb. - India mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya melancarkan 104 buah satelit dalam satu misi tunggal awal pagi tadi.

Portal berita BBC melaporkan, kejayaan itu sekali gus mengatasi rekod pencapaian Rusia yang melancarkan 37 buah satelit se­rentak menggunakan pelancar roket yang sama pada tahun 2014.

Roket Kenderaan Pelancar Satelit Polar (PSLV) yang membawa satelit dari tujuh buah negara, berlepas pada pada pukul 9.28 pagi waktu tempatan dari pusat angkasa Sriharikota di timur India.

Sebanyak 96 buah satelit yang dilancarkan adalah milik Amerika Syarikat (AS) manakala lima lagi dimiliki oleh Israel, Kazakhstan, Emiriah Arab Bersatu, Switzerland dan Belanda.

India turut melancarkan tiga buah satelit miliknya termasuk satelit kartografi yang dipercayai mampu mengambil imej resolusi tinggi untuk memantau musuh tradisinya iaitu Pakistan dan China.

Ramai pakar dan pemerhati berpendapat, kejayaan itu merupakan satu petanda awal tentang keupayaan India untuk muncul sebagai pemain utama dalam pasaran industri angkasa lepas bernilai berbilion-bilion dolar itu.

Wakil BBC di Delhi, Sanjoy Majumder berkata, usaha itu juga mampu melonjakkan reputasi India sebagai salah sebuah negara yang menawarkan teknologi alternatif dengan kos lebih rendah berbanding pihak lain di pasaran antarabangsa.

Beberapa minggu lalu, kerajaan India telah menambah bajet untuk program angkasa lepas tahun ini selain mengumumkan rancangannya untuk menghantar misi ke planet Zuhrah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain