Setiausaha Luar India, Vijay Gokhale berkata, serangan tersebut dilancarkan pada kem Jaish-e-Mohammad (JeM).

“Jumlah sangat besar pengganas JeM, pelatih, komander kanan dan kumpulan lain yang berlatih untuk serangan berani mati dihapuskan,” katanya dalam taklimat media hari ini.

Sementara itu, penganalisis berkata, serangan dibuat di kawasan yang ke dalam Pakistan bukannya wilayah pertikaian boleh mengundangkan lagi ketegangan antara kedua-dua buah negara. - AFP