Menurut polis, kesemua mangsa ditemukan rentung sebaik sahaja api berjaya dipadamkan daripada bas itu.

“Ketika ini, polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan kebakaran bas tersebut,” kata Ketua Polis Trafik Braeilly, Om Prakash Yadav.

Difahamkan, sebahagian daripada penumpang bas yang terperangkap berjaya meloloskan diri daripada bas terbabit selepas keluar melalui tingkap yang dipecahkan. -AFP