Shanghaiist melaporkan, bagi memastikan impiannya itu tercapai, warga emas terbabit yang dikenali sebagai Gu sanggup mengorbankan segala-galanya termasuk masa, tenaga dan wang bagi menyiapkan helikopter berkenaan.

Sehingga kini, Gu dilaporkan telah membelanjakan antara 50,000 yuan (RM31,954) hingga 60,000 yuan (RM38,345) untuk tujuan tersebut.

Uniknya, Gu mengakui dirinya tidak mempunyai sebarang ilmu penerbangan ketika memulakan projek itu selepas memilih untuk berhenti sekolah pada usia 15 tahun.

Menurut Gu, ilmu tersebut diperoleh selepas meluangkan masa bertemu pakar penerba­ngan dan institusi berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan.

Kesungguhan Gu terbukti apabila hampir setiap hari dia berusaha menambah baik helikopter tersebut yang didakwanya memiliki 150 kuasa kuda.

Hampir setiap hari juga kabin pemanduan helikopter itu akan diperbesarkan manakala bilah atau kipas helikopter tersebut pula akan dipanjangkan.

Gu juga mendakwa helikopter berkenaan meme­nuhi piawaian penerbangan yang ditetapkan kecuali agak berat berbanding biasa.

Di sebalik kegigihan luar bia­sanya itu, ramai pengguna media sosial di China sebenarnya 
lebih berminat untuk me­ngetahui bagaimana Gu berjaya menjadikan pejabat pengurusan komuniti di kawasan itu kelihatan lebih santai.