Kajian yang dilakukan oleh Universiti Lousiana mendapa­ti bahan kimia yang terdapat dalam ikan berminyak berupaya me­ningkatkan hayat sel yang pen­ting untuk penglihatan, se­ka­li gus dapat mengelakkan kemerosotan penglihatan akibat pertambahan usia.

Para pengkaji menyatakan ba­­­hawa minyak omega-3 membantu sel retina mata ‘kebal’ dengan sebarang tekanan seperti kehilangan bekalan darah.

Menerusi beberapa ujian mak­­­mal, sel mata manusia yang berterusan terdedah kepada ca­haya boleh dielakkan daripada rosak sekiranya mereka me­ngambil minyak ikan dalam pemakanan setiap hari.

Kehilangan penglihatan menjejaskan kehidupan kira-kira dua juta orang di seluruh United Kingdom dan 600,000 kes daripadanya merupakan kemerosotan makula berkaitan faktor usia.

Ketua pengkaji, Prof. Nicolas Bazan berkata, retina adalah satu lapisan tisu nipis yang menyelaputi bahagian belakang dalam mata dan berfungsi menukar ca­ha­ya menjadi isyarat, yang se­te­­rusnya dihantar ke otak dan ditafsirkan kepada penglihatan.

“Kerosakan retina menyebabkan kemerosotan makula, yang memainkan peranan untuk mentafsir apa yang kita lihat secara langsung, termasuk ketika membaca, menulis dan melihat warna.

“Biarpun minyak ikan juga me­ngandungi omega-6 AA yang boleh menyebabkan radang dan seterusnya mengakibatkan kerosakan sel retina, namun omega-3 DHA berperanan untuk mengu­bah fungsi omega-6 AA,” kata­nya kepada Mail Online.

Dalam beberapa eksperimen makmal yang dilakukan, kumpulan pengkaji mendedahkan sel retina mata manusia dan tikus hidup kepada cahaya secara tetap dan hasilnya menunjukkan pengambilan omega-3 DHA membantu melindungi sel retina daripada rosak.

Bazan menjelaskan bahawa kajian tersebut menunjukkan DHA adalah pen­ting untuk perlindu­ngan kesihatan mata.