Lapor Mail Online, Elba membuatkan peminat filem berkenaan tertanya-tanya apabila menulis di Twitter yang berbunyi: “Sudah sampai masa pelakon berkulit hitam mengambil alih watak ber­kenaan daripada Daniel Craig.”

Aktor berusia 45 tahun itu merupakan salah seorang bintang yang dikaitkan dengan watak ejen perisikan terkenal terbabit.

Tweet tersebut muncul beberapa hari selepas penerbit filem itu, Barbara Broccoli berkata, ‘sudah tiba masanya’ untuk pelakon berkulit hitam membawa watak Bond.

Timbul beberapa spekulasi berhubung pelakon yang akan menggantikan Craig sebagai Bond dan Elba disebut-sebut sebagai calon utama selepas terbocornya beberapa e-mel pada 2014.

Bagaimanapun, Elba menafikan dakwaan itu sambil menyatakan adalah lebih baik untuk pelakon wanita memegang watak terbabit.

Pada 2015, Craig dilaporkan enggan lagi membintangi francais terbaharu filem tersebut, tetapi menarik balik keputusannya.

Selain Elba, antara pelakon lain yang dikaitkan untuk memegang watak Bond termasuk James Norton, Tom Hardy dan Aidan Turner.