Daily Mail melaporkan, majalah tersebut membuat penilaian itu dengan mengambil kira soal perang dan keamanan, kadar jenayah serta risiko bencana alam,

Penilaian juga turut mengambil kira soal pemba­ngunan ekonomi, sistem penjagaan kesihatan yang melindungi penduduknya daripada bahaya se­perti kekurangan makanan dan penyakit.

Iceland menduduki tangga teratas kerana kadar jenayah­nya sedikit ketika jumlah penduduknya pula berjumlah kira-kira 400,000 orang di sebalik fakta pulau tersebut mempu­nyai gunung berapi aktif de­ngan risiko untuk hidup adalah rendah.

Namun Amerika Syarikat (AS) yang merupakan negara pendahulu bagi negara-negara maju dari segi ekonomi pula berada di tangga ke-65 disebabkan kadar pembunuhannya.

Majalah Global Finance menyenaraikan sebanyak 128 daripada 193 negara yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) manakala Syria, Iraq dan Afghanistan tidak termasuk dalam senarai berkenaan.

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), purata 5.3 pembunuhan bagi setiap 100,000 orang penduduk pada 2017 iaitu lebih dua kali ganda daripada kebanyakan negara Eropah yang bersekutu AS.

Selain kadar pembunuhan yang tinggi di AS, faktor bencana alam juga menyebabkan kedudukan negara tersebut lebih terkebelakang berbanding negara Eropah,

Sebaliknya Iceland yang didakwa memiliki banyak senjata api tetapi hanya mencatatkan satu kes pembunuhan pada 2017.

Ramai percaya kadar pembunuhan di negara tersebut rendah disebabkan tiada jurang kehidupan yang boleh menimbulkan perasaan dengki serta kadar penggunaan dadah rendah.

Jepun yang merupakan pemain utama ekonomi dunia berada di tangga ke-43 disebabkan risiko tinggi mengalami bencana alam serta gempa bumi.

Dalam indeks tersebut, Australia di kedudukan ke 18, United Kingdom (UK) ditempat ke-38 selepas Romania dan Kuwait. – AGENSI