Daily Mail melaporkan, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu melahirkan anaknya di sebuah hospital di wilayah Diyali, timur Iraq.

Kes kelahiran bayi kembar tujuh itu dipercayai pertama kali berlaku di Asia Barat.

Jurucakap jabatan kesihatan tempatan dalam satu kenyataan berkata, ibu dan ketujuh-tujuh bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

Bapa kepada bayi kembar tujuh tersebut Youssef Fadl berkata, mereka tidak me­rancang untuk mengembangkan keluarga mereka kerana ketika ini mempunyai 10 anak kecil yang perlu dijaga.

Kes kelahiran kembar itu dilaporkan selepas seorang wanita melahirkan tiga pasang kembar di Hospital Universiti Saint George, Lebanon.

Anak kembar tujuh pertama yang berjaya hidup selepas dilahirkan pada 1997 di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat (AS).

Pasangan Kenny dan Bobbi McCaughey serta kembar mereka mendapat perhatian antarabangsa apabila perkembangan anak-anak mereka di­siarkan.

Ketika mereka menjadi perhatian media, Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton secara peribadi memanggil keluarga berkenaan untuk mengucapkan tahniah manakala Oprah Winfrey turut mengajak mereka datang ke rancangannya. – AGENSI