Perjalanan rukun Islam kelima itu tahun ini me­nyaksikan pengenalan gelang elektronik perlu dipakai semua jemaah selain kawalan keselamatan lebih ketat bagi mengelak insiden bersesak-sesak tahun lalu di Mina daripada berulang.

Kali ini juga, beribu-ribu jemaah dari Iran tidak melaksanakan ibadah tersebut ber­ikutan perselisihan berpanja­ngan de­ngan Arab Saudi.

Sejak semalam dan hari ini, kumpulan jemaah mula bergerak ke Mina yang me­nempatkan khemah yang boleh memuatkan sehingga 2.5 juta jemaah sebelum wukuf di Arafah esok yang juga kemuncak bagi ibadah haji.

Insiden rempuhan di Mina pada September tahun lalu merupakan tragedi terburuk dalam sejarah ibadah haji.

Kejadian itu berlaku ketika kebanyakan jemaah dari Iran dalam perjalanan untuk me­lontar jamrah.

Ibadah me­lontar jamrah akan dilakukan pada Isnin ini.

Selain in­siden di Mina, tra­gedi kren tumbang di Masjidilha­ram tahun lalu yang me­ngorbankan 111 nyawa turut me­ngejutkan dunia. – AFP