Variety.com melaporkan, pre­kuel itu merupakan yang kedua mencatat kutipan paling tinggi pada tahun ini dan antara filem merekod jualan terbesar dalam sejarah tayangan pembukaan di panggung.

Keseluruhannya, filem itu mengaut keuntungan AS$291 juta (RM1.3 bilion) selepas memasuki pasaran asing khusus­nya di China dan Korea Selatan.

Bagaimanapun, syarikat Disney yang membeli siri filem terbitan LucasFilm pada tahun 2012 dengan nilai AS$4 bilion (RM17.9 bilion) dilaporkan enggan meletak jangkaan tinggi terhadap filem terbabit.

Difahamkan, siri Star Wars berkenaan adalah yang pertama dibuat tanpa jalan cerita membabitkan keluarga Skywalker dengan latar belakang yang lebih ‘gelap’ dan penuh adegan perang.

Penayangan filem itu juga dibuat sempena musim cuti hujung tahun.

Ketika ini, Disney dilaporkan merancang untuk menghasilkan lebih banyak filem bercorak se­perti itu.