Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ransomware: Korea 
Utara didakwa terlibat?

Pengeluar perisian temukan bukti kaitan Pyongyang

 2

WASHINGTON 16 Mei - Penyelidik keselamatan siber di dua buah syarikat pengeluar perisian terkemuka, Symantec dan Kaspersky Lab mendakwa menemukan bukti yang boleh mengaitkan Korea Utara dengan serangan ‘ransomware’ ketika ini.

Serangan tersebut dikatakan te­lah menjejaskan sekurang-kurangnya 300,000 sistem ­komputer di 150 negara sejak Jumaat lalu.

Menurut syarikat itu, beberapa kod ‘ransomware’ yang menggunakan perisian WannaCry itu muncul dalam program yang digunakan oleh firma Kumpulan Lazarus, yang dikenal pasti sebagai penggodam operasi dari Korea Utara.

“Penemuan itu merupakan petunjuk terbaik yang boleh dikaitkan dengan asal usul virus WannaCry setakat ini,” kata seorang penyelidik Kaspersky Lab, Kurt Baumgartner.

Kedua-dua syarikat itu ba­gaimanapun menyifatkan terlalu awal untuk menuduh Pyongyang terbabit dengan serangan siber itu hanya berdasarkan petunjuk yang disiarkan di laman Twitter oleh penyelidik keselamatan Google, Neel Mehta.

Penyelidikan tersebut dija­lankan dengan pemantauan beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia termasuk Washington.

Menurut Penasihat Kesela­matan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), penyelidikan awal mendapati serangan tersebut mungkin membabitkan beberapa negara asing serta kumpulan penjenayah siber.

Sementara itu, Symantec dan Kaspersky Lab memberitahu, mereka akan menjalankan kajian dengan lebih teliti terhadap kod berkenaan.

Pada masa yang sama jelas mereka, bantuan untuk kerja-kerja menganalisis juga diperlukan kerana penggodam mungkin menggunakan semula kod daripada operasi lain.

Dalam perkembangan ber­kaitan, beberapa pegawai ke­selamatan AS dan Eropah juga berpendapat masih terlalu awal untuk menuduh Korea Utara sebagai dalang di sebalik serangan itu, namun mereka tidak menolak pembabitan negara tersebut dalam hal itu. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain