Filem tersebut diumumkan sebagai pemenang, me­ngetepikan empat lagi filem lain yang dicalonkan ­iaitu Bombay Velvet, Shaandaar, Tevar dan Singh is Bling pada majlis anugerah kali kelapan yang mengumumkan hasil karya dan lakonan paling tidak memberangsangkan di pawa­gam Hindi itu.

Menurut portal Hindustan Times, selain menjadi filem terburuk, lagu runut bunyinya, Gerua, nyanyian Arjit Singh turut dipilih menerima Anugerah Khas Sangh Parivaar.

Filem Prem Ratan Dhan Payo, pula menerima gelaran terbanyak dalam majlis tersebut termasuk Pelakon Wanita Paling Teruk yang diraih Sonam Kapoor dan Pengarah Paling Teruk yang diberikan kepada Sooraj Barjatya.

“Barjatya turut menerima Anugerah Khas Bas Kijiye Bahut Ho Gaya dan runut bunyi filem tersebut dinamakan sebagai Lagu Paling Menjengkelkan, lapor portal Hindustan Times.

Pelakon, Sooraj Pancholi mungkin telah memenangi penghormatan di pelbagai majlis anugerah lain, tetapi Anugerah Golden Kela menggelarnya sebagai Pelakon Lelaki Paling Teruk tahun ini menerusi lakonannya dalam filem Hero.