Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dilwale catat box-office

Raih RM71.8 juta hasil tayangan di seluruh dunia

Empat pelakon utama filem Dilwale dari kiri Varun Dhawan, Shah
Empat pelakon utama filem Dilwale dari kiri Varun Dhawan, Shah Rukh Khan, Kajol, dan Kriti Sanon. AGENSI

NEW DELHI 30 Dis.. - Filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol berjaya mencatat rekod kutipan box-office AS$16.75 juta (RM71.8 juta) di luar negara pada minggu kedua tayangan, sekali gus memecahkan rekod peribadi yang dipegang Shah Rukh tahun lalu menerusi filem Happy New Year.

Portal International Business Times India melaporkan, filem Happy New Year sebelum ini me­rupakan filem lakonan Shah Rukh yang memperoleh jumlah kutipan box-office tertinggi di pasaran antarabangsa dalam masa 10 hari tayangan dengan kutipan AS$16.4 juta (RM70.3 juta).

“Gandingan Shah Rukh dan Kajol terbukti membuahkan hasil yang lebih memberangsangkan dan turut dijangka bakal meme­cahkan rekod antarabangsa yang dipegang Shah Rukh menerusi filem Chennai Express.

“Dilwale ditayangkan di lebih 268 panggung di Amerika Utara dan berjaya mengekalkan 203 tayangan di pawagam kerana tiada filem terbaharu dari India pada minggu kedua,” jelas laporan itu.

Pada minggu pertama tayangan, filem tersebut juga dilaporkan mengungguli carta untuk filem India di semua pasaran antarabangsa.

Dilwale turut mendahului carta kutipan tertinggi di United Kingdom (UK), New Zealand, dan Malaysia, serta berada di tempat kedua selepas filem Bajirao Mastani lakonan Priyanka Chopra di Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan Australia.

Filem tersebut berjaya me­ngekalkan kadar jualan di kaun­ter tiket di pasaran antarabangsa Isnin lalu pada minggu kedua ta­yangan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain