Jung Il-woo

Menurut portal Headlines & Global News, antara nama yang disebut-sebut bakal membawakan watak utama menggantikan Joong-ki ialah Jung Il-woo yang popular dengan drama Cinde­rella and the Four Knights.

Il-woo pernah menyatakan hasrat mahu melakonkan watak seperti dibawakan Joong-ki semasa ditemu bual oleh rancang­an bual bicara Showbiz Korea.

Pelakon itu berkata, dia mahu mencabar kemampuan diri dengan membawakan watak seperti Kapten Yoo.

Dalam drama bersiri Cinderella and the Four Knights, Il-woo bergandingan dengan aktor Ahn Jae-hyun dan aktres Park So-dam.

Descendants of the Sun muncul sebagai drama paling diminati ramai dalam dan luar negara sejak disiarkan pada 24 Februari lalu.

Studio penerbitan rancangan itu, Next Entertainment World menyatakan, siri berkenaan turut ditonton di 32 buah negara.

April lalu, Ketua Jabatan Drama KBS2, Jung Sung-ho mengakui musim kedua drama bersiri itu perlu dihasilkan lebih baik mengambil kira populari­tinya dan jangkaan tinggi penonton.