Kumpulan pakar itu menghabiskan masa berbulan-bulan untuk merawat pesakit berkenaan dengan ubat baharu, bedaquiline, bersama antibiotik lain.

Hasil keputusan rawatan yang diperoleh AFP secara eksklusif mendedahkan, dengan 181 pesakit yang diberikan bedaquiline, 168 daripadanya dilaporkan sembuh.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu, ketika ini seba­nyak 55 peratus daripada pesakit ter­babit berjaya disembuhkan.

Hasil keputusan rawatan berkenaan turut mendedahkan kadar kejayaan menyembuhkan pesakit tuberkulosis iaitu 93 peratus merupakan yang terbesar membabitkan cubaan penggunaan bedaquiline di beberapa negara di timur Eropah, Afrika dan Asia ­Tenggara.

“Keputusan daripada kajian itu mengesahkan bahawa bedaquiline mampu menyembuhkan pesakit tuberkulosis MDR dan EDR (extremely drug resistant) atau yang lebih teruk,” kata Pengarah Saintifik Kesatuan Antarabangsa Tuberkulosis dan Penyakit Paru-Paru, Paula Fujiwara yang terlibat dalam kajian berkenaan.

Menurut WHO, tuberkulosis telah menyebabkan kematian 1.7 juta penduduk seluruh dunia pada tahun lalu, menjadikannya penyakit berjangkit paling dahsyat di dunia.

Pakar percaya tuberkulosis mudah merebak ekoran cara pengendalian terhadap kes-kes jangkitan yang rendah.

Berbanding penyakit pembunuh lain seperti HIV, tuberkulosis mampu disembuhkan dengan kawalan selama enam bulan oleh doktor dan penggunaan ubat serta dos harian.

Sementara itu, ketua penyelidik, Alena Skrahina menyifatkan keputusan penggunaan bedaquiline sebagai sesuatu yang meyakinkan. – AFP