BBC melaporkan, pengubahsuaian semula teknologi itu dilakukan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) termasuk robot vakum terkenal, Roomba dalam mewujudkan sistem ber­kenaan.

“Robot membolehkan berlaku pengeluarannya secara besar-besaran tetapi kepintaran buatan (AI) yang ada pada­nya berpotensi dilakukan penyesuaian khusus terhadap hampir semua apa yang ingin kita hasilkan,” kata Daniela Rus yang dipetik sebagai berkata dalam sebuah penerbitan dalaman MIT.

Rus dan pasukannya merupakan sebahagian Makmal Sains Komputer dan AI

Kata penyelidik itu, matlamat mereka bukan menggantikan tukang kayu dengan robot ber­kenaan tetapi sebaliknya me­numpukan kepada perkara yang lebih penting seperti reka bentuk.

“Adalah diharapkan sistem ini dapat meningkatkan tahap keselamatan tukang kayu kerana setiap tahun, ribuan tukang kayu cedera pada tangan dan jari mereka dalam melakukan tugas berbahaya se­perti menggergaji,” katanya.

Robot dinamakan AutoSaw itu membantu mereka yang tidak mahir bertukang menghasilkan item-item yang berbeza dan kemudiannya dibina dengan bantuan robot.

Usaha MIT membuka jalan kepada robot mencipta perabot mengikut keperluan bagi tujuan dan ruang yang khusus.

Robot itu akan memotong kayu dengan betul, menambah lubang yang diperlukan untuk memasangnya dan membawa bahagian komponen di sekitar bilik.

Berbanding dengan mesin sedia ada yang digunakan oleh tukang kayu, AutoSaw agak murah dan lebih mudah alih.

Begitu juga Roomba, projek ini menggunakan dua buah robot daripada firma Jerman Kuka, walaupun model tertentu yang digunakan oleh pasukan MIT telah dihentikan.