Pejabat Etika Kerajaan Amerika Syarikat mendedahkan Trump meraih kira-kira RM85.53 juta (AS$20 juta) hasil pendapatan daripada hotel yang letaknya berhampiran White House, Washington yang dibuka pada bulan September lalu.

Pendapatan Trump kini dilaporkan sekurang-kurangnya RM2.347 bilion (AS$594 juta) pada tahun 2016 dan pada awal tahun ini, asetnya meningkat kepada RM6 bilion (AS$1.4) bilion.

Berdasarkan pendedahan yang mempunyai 98 muka surat dalam laman sesawang pejabat etika itu menunjukkan Trump mempunyai liabiliti sekurang-kurangnya RM555.95 juta (AS$130 juta) dengan Deutsche Bank Trust.

Trump menyatakan hutang dengan Deutsche melebihi RM213.83 juta (AS$50 juta) bagi sebuah bangunan bersejarah, sebuah pejabat pos lama di Washington yang beliau jadikan sebuah hotel.

Dia juga dilaporkan memiliki liabiliti sekurang-kurangnya RM470.42 juta (AS$110 juta) dengan Ladder Capital Corp., sebuah syarikat pemberi pinjaman hartanah komersial di New York, Los Angeles dan Boca Raton, Florida.

Komponen terbesar pendapatan Trump adalah sebuah pusat peranginan golf di Trump National Doral Miami iaitu RM495.65 (AS$115.9 juta), bagaimanpun jumlah itu mengalami penurunan daripada RM564.50 juta (AS$132 juta) berbanding tahun lalu.

Pendapatan daripada syarikat pengurusan hartanah beliau, Trump Corporation dilaporkan meningkat tiga kali ganda kepada RM76.98 juta (AS$18 juta) manakala hasil Mar-a-Lago pula meningkat sebanyak 25 peratus menjadi RM159.73 (AS$37.25 juta).

Selain itu, hasil jualan daripada penganjuran pertandingan ratu cantik, Miss Universe, dua tahun lalu pula, Trump memperoleh RM47.04 juta (AS$11 
juta). – REUTERS