Portal Daily Mirror melaporkan, hotel yang mampu memuatkan seramai empat orang itu membawa pe­langgan berlayar di laut menuju ke sebuah pulau yang telah ‘diprogramkan dalam sistem hotel’ berkenaan.

Penginapan yang diberi nama Hotel Mizukami itu dilengkapi kemudahan dua unit katil berkembar, tandas dan bilik mandi.

Ini membolehkan pelanggan berehat pada waktu malam sebelum ‘di­hanyutkan’ ke pantai yang bersih pada keesokan harinya.

Bilik berbentuk bola itu akan membawa pelanggan hotel ke pulau yang dimiliki firma perhotelan Huis Ten Bosch.

Menurut Presiden Huis Ten Bosch, Hideo Sawada, bilik yang ditawarkan kepada pelanggan mempunyai saiz yang sama dengan hotel lain.

Kadar penginapan semalam di Hotel Mizukami itu dijangka menelan belanja sebanyak 34,743 yen Jepun (RM1,355).