Daily Mail melaporkan, hotel itu yang dikenali dengan panggilan ‘Sook Station’ dibina menyerupai penjara sebenar, hanya mengenakan caj sebanyak 30 pound (RM167) semalam yang kini menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk pelancong asing.

Sook Station yang terletak di daerah Udomsook mula beroperasi beberapa bulan lalu dan menjanjikan pengalaman ‘meringkuk dalam penjara’.

Setiap pintu bilik mempu­nyai jeriji besi malah sel turut dilengkapi dengan katil serta lampu sama seperti penjara sebenar.

Setiap pengunjung yang me­ngi­nap di Sook Station boleh me­ngambil gambar dengan pakaian penjara berjalur hitam putih bagi tujuan kenang-kenangan.

Mereka juga akan diberikan pa­pan ‘rekod jenayah’ serta nombor banduan dan bukannya kunci bilik seperti hotel-hotel lain.

Hotel ini juga menawarkan kemudahan bilik mandi berkongsi selaras dengan penjara yang sebenar.

Namun demikian tidak semua kemudahan dalam hotel itu se­perti penjara sebaliknya turut memuatkan tab mandi, bilik mesyuarat dan ruang istirahat.