Bagaimanapun jumlah mereka yang cedera masih belum dipastikan lagi.

Kebakaran yang dipercayai bermula di tingkat empat Hospital Employees State Insurance Corporation itu marak dengan cepat menyebabkan pasukan bomba sukar untuk mengawal api.

Agensi berita ANI melaporkan, seorang pegawai polis memberitahu, hampir kesemua pesakit yang sedang dirawat di hospital berkenaan telah dipindahkan ke hospital berhampiran.

“Bagaimanapun pasukan bomba masih menjalankan pemeriksaan di dalam bangunan berkenaan kerana dikhuatiri mungkin ada mangsa yang terperangkap,” kata pegawai polis itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Mumbai, Vishwanath Mahadeshwar memberitahu, pasukan polis dan bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.