Bagaimanapun tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian di Hospital Phramongkutklao, pusat perubatan yang menjadi pilihan pesara tentera.

“Ia merupakan letupan bom, kami temukan serpihan yang biasa digunakan untuk membuat bom,” kata jurucakap pasukan pemusnah bom polis, Kamthorn Aucharoen. - REUTERS