Cadangan Hong Kong untuk menuntut semula tanah seluas 1,000 hektar di sekitar Lantau, disebut sebagai penyelesaian bagi menangani isu kekurangan perumahan di negara ini.

Hong Kong berharap mereka dapat memulakan usaha menuntut semula tanah berkenaan menjelang 2025 dan membolehkan penduduk berpindah ke pulau terbabit pada 2032.

Pulau buatan itu akan bersaiz hampir tiga kali ganda daripada New York Central Park dan bakal menyediakan 260,000 flat. - AFP