Untuk itu, beliau mahu amalan memberikan aktres berbakat hanya dengan watak yang tidak sesuai dihentikan.

Witherspoon berkata, pihak­nya sudah bosan dengan amalan berat sebelah itu dan perubahan segera perlu dilakukan.

“Kita perlu melihat wanita sebagai diri mereka yang sebenar di dalam filem, bukan hanya di panggung wayang dengan bajet yang kecil,” katanya.

Witherspoon yang kini membintangi drama Big Little Lies bersama Nicole Kidman memberitahu, industri sepatutnya melihat pengalaman sebenar wanita sama ada mereka terlibat dalam keganasan domestik, serangan seksual, percintaan atau perceraian.

Hollywood kerap dipersalahkan kerana gagal memberikan watak utama kepada wanita terutama mereka yang berusia lebih 35 tahun.

Dalam laporan University of California, Los Angeles (UCLA) pada tahun lalu, universiti itu memberi amaran bahawa tempat wanita dalam industri perfileman AS semakin berkurangan.

Witherspoon, 40, yang juga seorang penerbit kerap memberi tumpuan pada filem yang akan melibatkan wanita memegang watak utama seperti filem Gone Girl. – AFP