JAKARTA 2 Dis. - Peserta himpunan Reuni 212 dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan keamanan sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu di Monas di sini hari ini.
Detiknews melaporkan, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, peserta tersebut bukan hanya perlu menunjukkan perlakuan baik di kawasan himpunan malah kepada sesiapa sahaja yang ditemui di luar nanti.
“Hadir dengan tertib, kembali tertib. Biarkan meraka yang mahu melihat kekacauan di sini kecewa kerana peserta menampilkan hanya ketertiban dan keamanan.
“Siapa pun yang ditemui berikan salam, iringkan senyuman dan tunjukkan mereka di luar bahawa himpunan ini melihatkan kedamaian untuk semua,” katanya ketika berucap di Reuni 212 sebentar tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ketertiban dan kedamaiaan itu diharap menjadi catatan membanggakan kepada mereka dan anak-anak nanti.