Ketua Bidang Ketertiban Umum dan Ketenteraman Masyarakat (Tibumtranmas), Udhi Harsilo memberitahu, siasatan polis mendapati Legiman, 52, memiliki harta kekayaan bernilai hampir satu juta rupiah (RM291) hasil daripada aktiviti meminta sedekah.

“Setelah disiasat, beliau turut mengaku memiliki sebuah rumah, sebidang tanah dan simpanan bernilai 900 juta rupiah hasil daripada aktiviti tersebut,” katanya.

Legiman sebelum ini pernah ditangkap ekoran kesalahan yang sama.-AGENSI