Menurut Timbalan Komander Pasukan Tentera Udara di Utara Afghanistan, Nazer Khuda Pamiri berkata, pesawat itu terhempas dipercayai mengalami ‘masalah teknikal’ sejurus selepas berlepas di daerah Dehdadi di wilayah Balkh.

Sepuluh penumpang termasuk juruterbang berada di atas helikopter ketika kemalangan itu.

Helikopter itu membawa pasukan keselamatan Afghanistan dari pangkalan tentera di Dehdadi ke wilayah barat laut Faryab.

“Tiga orang terbunuh dan tujuh lagi cedera.

“ Mangsa yang meninggal dunia termasuk dua anggota pasukan keselamatan Afghanistan dan satu juruterbang warga asing yang mungkin Rusia,” kata Nazer.

Tambahnya, helikopter terbakar selepas terhempas ke tanah.

Sementara itu, Timbalan Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mohammad Radmanish berkata, helikopter tersebut milik sebuah syarikat swasta dan telah diupah oleh kementerian.-AFP