Agensi berita tempatan RTP dan Correio de Manha melaporkan nahas berkenaan menyebabkan dua juruterbang, seorang jururawat dan doktor terkorban.

Menurut perkhidmatan kecemasan INEM, operasi menyelamat sedang dijalankan namun bangkai helikopter terbabit masih belum ditemukan.

Helikopter tersebut dikatakan hilang sekitar pukul 6.30 petang waktu tempatan semalam. - REUTERS