Hayabusa2 bakal mendarat pada pukul 8.25 pagi waktu tempatan, menurut Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA).

Jika proses pendaratan berjaya, Hayabusa2 akan mengumpul sampel-sampel dari Ryugu untuk dianalisis di Bumi.

Misi Hayabusa2, dengan kos sekitar 30 bilion yen (RM1.1 bilion) dilancarkan pada Disember 2014 dan dijangka pulang ke Bumi sekitar 2020. - AFP