Teknologi hologram yang mulai memasuki bidang politik, hiburan dan perniagaan membenarkan seseorang itu untuk muncul dan berinteraksi dengan penonton di beberapa buah lokasi berbeza pada waktu yang sama.

Kemunculan Haw­king, 75, disambut dengan meriah oleh orang ramai dengan para penonton bersorak kegembiraan dan berebut untuk mengambil gambar bersamanya.

Dalam penampilan nya semalam, beliau membincangkan tentang perjalanan kariernya dan menjawab persoalan berkaitan kehidupan di planet lain, kegunaan teknologi dalam pendidikan dan kesan Brexit terhadap Britain.

Menurut Hawking, pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) tahun lalu adalah satu daripada rentetan kejayaan parti sayap kanan yang bakal memberikan kesan besar kepada inovasi dan pe­nemuan saintifik pada masa hadapan.

“Menerusi Brexit dan Donald Trump, kita sedang menyaksikan perubahan global terhadap para pakar,” kata Hawking.

Calon parti sayap kiri Perancis, Jean-Luc Melenchon pernah menggunakan hologram ketika tampil di hadapan penyokong sewaktu kempen Presiden bulan lalu.

Tambah Hawking, krisis alam sekitar seperti pemanasan global dan penebangan hutan juga bakal mengalami perubahan melalui teknologi dan sains.

Hawking disahkan menghidap penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS) yang merupakan sejenis penyakit neuron motor, menyebabkan beliau lumpuh serta hanya dapat berkomunikasi menggunakan komputer.

Acara yang menampilkan Hawking dianjurkan oleh syarikat permainan China, NetDragon Websoft dengan kerjasama ARHT Media, yang mencipta ho­logram manusia berbentuk digital seperti penceramah motivasi, Tony Robbins dan penyanyi rap terkenal, mendiang The Notorius B.I.G. – AFP