Portal Newsweek melaporkan, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti wanita yang akan dikahwininya.

Putin yang berusia 66 tahun bercerai dengan bekas isterinya, Lyudmila pada 2013 selepas 30 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan, Katerina dan Maria.

“Sebagai seorang yang dihormati, saya mungkin perlu melakukan perkara ini pada suatu hari,” katanya kepada wartawan di sini semalam.

Putin sebelum ini pernah dilaporkan menjalin hubangan dengan bekas ahli gimnas Olimpik, Alina Kabaeva, namun dinafikannya.