Li Jinyuan (kanan) sempat bergambar bersama pekerja-pekerjanya ketika berada di Paris. Agensi

Menurut laporan Daily Mail, Pengerusi Kumpulan Tiens, Li Jinyuan, 57, yang turut tersenarai antara individu terkaya oleh majalah Forbes, memberi kejutan manis dengan menempah 4,760 buah bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.

Syarikat konglomerat antarabangsa milik Jinyuan terlibat dalam perniagaan bioteknologi, pengurusan kesihatan, e-dagang, perhotelan, dan pelancongan.

Ketika berada di pusat peranginan terkenal Cote D’Azur, kumpulan besar pelancong dari China itu turut mencipta rekod baharu Guinness World Record kerana menggunakan khidmat 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglias di Nice.

Hasil pelancongan mewah kumpulan itu sahaja, Perancis mendapat keuntungan sebanyak 33 juta euro (RM132.91 juta) dan Nice mendapat lebih 20 juta euro (RM80.55 juta).

Pada tahun 2013, sebahagian besar pengunjung ke Perancis adalah dari negara-negara Eropah yang lain, tetapi kira-kira 3.1 juta datang dari Amerika Syarikat dan 1.7 juta dari China.

Hampir 85 juta pelancong membantu menaikkan industri pelancongan dengan anggaran 150 billion euro (RM604.13 bilion) setahun atau tujuh peratus yang turut membantu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini.