Pelbagai pihak mempertikaikan sama ada pembunuhan harimau yang dikenali sebagai T1 atau Avni kepada pencinta haiwan itu sah di sisi undang-undang.

Satu pasukan dianggotai lebih 150 orang telah menghabiskan masa berbulan-bulan memburu T1 yang mempunyai dua anak berusia 10 bulan.

Perburuan dilakukan dengan menggunakan para luncur dan berpuluh-puluh kamera infra merah manakala sekumpulan penembak tepat menunggang gajah untuk mencari haiwan itu.

Namun tercetus perbalahan apabila media melaporkan harimau itu ditembak di kawasan hutan Yavatmal tanpa usaha menggunakan ubat penenang. - AFP