``Harga minyak semakin rendah. Bagus! Ibarat pemotongan cukai besar untuk AS dan dunia. Nikmati harga AS$54 (RM225.80) berbanding AS$82 (RM342.90). Terima Kasih kepada Arab Saudi, tetapi mari kita turunkan lagi harga!’’, tulis Trump menerusi Twitter.

Kenyataan itu disiarkan sehari selepas Trump membuat keputusan untuk meneruskan sokongan kepada Arab Saudi bagi memastikan harga minyak kekal rendah, walaupun isu Putera Mahkota, Putera Mohammed Salman terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi masih menjadi perhatian dunia.

``Jika kita (AS) memutuskan hubungan dengan mereka (Arab Saudi), saya fikir harga minyak akan melambung. Saya yang menurunkan harganya.’’

``Mereka (Arab Saudi) telah membantu saya untuk menurunkan harga. Sekarang harga minyak semakin rendah,’’ katanya kepada wartawan. - AFP