Halimah merupakan bakal Presiden wanita pertama Si­ngapura yang menjadi ketua negara ini sejak 47 tahun lalu.

Para penyokongnya yang memakai pakaian serba jingga berkumpul di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George’s Avenue untuk me­nyambut ketibaan beliau hari ini.

Halimah ditemani suami­nya, Mohamed Abdullah yang bertindak sebagai pencadang dan penyokong, lapor portal Channel News Asia.

Beliau perlu menghantar sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden dan sijil sumbangan politik.

Jika kertas-kertas berkenaan lengkap dan tiada bantahan maka beliau akan diisytiharkan sebagai Presiden yang dipilih.

Hanya Halimah calon yang mempunyai peluang daripada tiga calon yang berpotensi untuk menyandang jawatan itu.

Dua lagi calon, ahli perniagaan, Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan tidak meme­nuhi kelayakan minimum untuk bertanding.

Di bawah pindaan perlembagaan yang berkuat kuasa pada Jun lalu, pemohon perlu menunjukkan mereka memiliki syarikat yang mempunyai pegangan saham ekuiti bernilai sekurang-kurangnya S$500 juta (RM1.5 bilion).

Halimah memenuhi kriteria yang diperlukan bagi calon daripada sektor awam kerana pernah memegang jawatan sebagai Speaker selama tiga tahun.