Channel News Asia melapor­kan, setibanya di Istana Pre­siden, Halimah buat pertama kali memeriksa perbarisan kehormat, sebelum menyertai barisan menteri Kabinet Singapura, anggota badan kehakiman dan tetamu lain pada acara angkat sumpah itu di Bilik Negara di Istana.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan Ketua Hakim, Sundaresh Menon menyaksikan majlis angkat sumpah itu.

“Saya, Halimah Yacob di­pilih sebagai Presiden Republik Singapura bersumpah dengan bersungguh-sungguh bahawa saya akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan jujur,” katanya.

Halimah, Presiden kelapan Singapura menggantikan Tony Tan Keng Yam dan Khamis lalu menjadikan hari pertama beliau bertugas dalam penggal selama enam tahun.

Selain menjadi wanita pertama dipilih untuk jawatan itu, Halimah juga menjadi orang Me­layu pertama memegang jawatan tersebut selepas lebih 47 tahun.