Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hakim: Majikan berhak baca perbualan pekerja

STRASBOURG 14 Jan. - Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan bahawa sesebuah firma berhak membaca perbualan seseorang pekerja di laman sembang sosial, Yahoo Messenger ketika waktu bekerja.

Panel hakim berkata, pekerja terbabit juga dianggap melanggar peraturan syarikat, dan majikan mempunyai hak untuk memeriksa aktiviti mereka.

“Bagaimanapun, polisi berkenaan juga perlu melindungi pekerja daripada pengintipan tidak bermoral,” kata hakim.

Laman web BBC melaporkan, keputusan itu yang dibuat kelmarin, mengikat semua negara di bawah Konvensyen Eropah Berhubung Hak Asasi Manusia termasuk Britain.

Keputusan itu membabitkan seorang pekerja di Romania, Bogdan Barbulescu yang memfailkan saman di ECHR berhubung kes majikannya melanggar haknya melakukan perbualan peribadi, dengan membaca perbualannya tersebut, sebelum memecatnya pada 2007.

Majikannya mendapati jurutera tersebut menggunakan Yahoo Mesenger untuk tujuan peribadi dan profesional.

“Ekoran mereka (majikan) percaya dia (pekerja terbabit) mengakses akaun kerja, firma berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan (membaca perbualannya dan memecatnya),” kata hakim.

Barbulescu sebelum ini turut gagal dalam kes tersebut di mahkamah Romania, lalu mengemukakan rayuan di ECHR.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain