Freeland yang tidak menamakan negara Teluk itu secara khusus berkata, walaupun Kanada diberitahu agar tidak mencampuri urusan luar, negaranya akan mempertahankan hak asasi manusia termasuk hak asasi wanita.

``Walaupun kami diberitahu agar membincangkan perkara ini secara sulit antara pemimpin, secara tertutup malah jika mengutarakan perkara ini akan membawa akibat buruk, kami akan tetap mempertahankannya,’’ ujar beliau.

Ottawa dan Riyadh saling berbalah berhubung kritikan Kanada terhadap rekod hak asasi manusia Arab Saudi. - AFP