Menurut kementerian berkena­an, pengumpulan darah itu telah dila­ku­kan secara empat peringkat iaitu mengumpul darah yang diderma, melakukan ujian dan pemantauan setiap unit sehinggalah pengagi­­­ha­n­­­-
nya kepada kedua-dua kota suci itu.

Kementerian berkenaan turut menegaskan, darah berkenaan bebas daripada penyakit berjangkit dan pengagihan ke kota suci itu adalah menurut standard antarabangsa, jumlah katil dan unit penjagaan rapi di hospital terbabit.

Menurut laporan portal Arab News, sebanyak sembilan hospital di Mekah dan masing-masing empat di Arafah serta Mina dilengkapi de­ngan peralatan canggih selain pakar dan juruteknik berkemahiran tinggi dalam bidang makmal dan bank darah.

Sebanyak 17 wilayah dan pihak berkuasa bersama-sama 27 rakan kongsi daripada pihak swasta, awam dan sektor tentera bertungkus lumus mengumpul 16,000 unit darah tersebut.

Dua buah kereta dan lima pasukan dikerah menguruskan pengagihan darah termasuk tambahan ambulans yang dilengkapi peralatan pemindahan darah.