Cadangannya itu turut mendapat sokongan kumpulan hak asasi senjata, Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA).

Trump berkata demikian ketika mengadakan pertemuan di White House dengan kesemua pelajar yang terselamat dan keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di Marjory Stoneman Douglas High School, Parkland, Florida.

Jelas beliau, jika guru serta pengawal keselamatan sekolah mempunyai senjata api, perkara itu sedikit sebanyak dapat ‘menakutkan si penyerang’, sekali gus menghalang kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam kejadian pada 14 Februari lalu, seramai 17 orang terbunuh apabila suspek, Nikolaus Cruz bersenjatakan raifal AR-15 selain membawa peluru dan bom asap menyerang sekolah tersebut.

“Sekiranya anda mempunyai seorang guru yang mahir dalam mengendalikan senjata api, mereka mampu menangani serangan dengan cepat,” kata Trump.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam itu disiarkan secara langsung menerusi siaran tele­visyen berikutan bantahan jalanan diadakan di seluruh negara.

Penunjuk perasaan menggesa­ kerajaan mengetatkan pe­nguat­kuasaan undang-undang pemilikan senjata api agar insiden di Florida tidak berulang. – REUTERS