Ketika ini, sebanyak 250 pe­nerbangan telah dibatalkan me­nyebabkan beribu-ribu penum­pang terkandas di lapangan ter­­bang terbabit.

Menteri Pengangkutan, J.A. Barata berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan menutup lapangan terbang berikutan debu yang dikeluarkan oleh Gunung Raung itu mengehadkan jarak penglihatan dan dikhuatiri membahayakan pesawat.

Gunung Raung yang terletak berhampiran Bali mula meletus sejak seminggu lalu dengan mengeluarkan asap dan abu yang boleh mengganggu penerbangan pesawat di kawasan berhampiran.

Pelbagai syarikat penerbangan, termasuk Garuda Indonesia membatalkan penerbangan ke Bali hari ini dan semalam yang menyebabkan pelancong terkandas di pulau percutian terkenal itu.

Penumpang yang bakal menaiki penerbangan akan ditangguh ke tarikh lain sehingga keadaan membolehkan pesawat terbang, manakala setiap syarikat penerbangan membuka talian khas untuk penumpang.

Menurut laporan wartawan AFP, sekurang-kurangnya 1,000 penumpang terutamanya pelancong asing terkandas di lapangan terbang antarabangsa.

“Ada yang juga berhubung dengan pegawai untuk mengetahui status penerbangan mereka, ada juga yang berkhemah diluar, tidak kurang juga tidur sepanjang koridor sementara menanti pembukaan lapangan terbang,” kata wartawan itu.

Pengurus Besar Lapangan Terbang Nugrah Rai, Bali, Trikora Harjo berkata, sebanyak 160 pe­nerbangan domestik dan 170 pe­nerbangan antarabangsa di lapa­ngan terbang itu dibatalkan.

“Ketika ini, pihak berkuasa mengisytiharkan lapangan terbang ditutup sepenuhnya sehingga 9.30 malam (10 malam waktu Malaysia) ini,’’ katanya. – AFP