Gunung berapi berkenaan mula menunjukkan tanda-tanda untuk meledak awal bulan ini namun semakin agresif minggu lalu apabila mengeluarkan debu dan gas.

Pengarah Pejabat Pengurusan Bencana Alam Negara, Shadrack Welegtabit berkata, pihak berkuasa tempatan telah menyediakan 15 pusat kecemasan namun pemindahan beramai-ramai itu menyebabkan mereka terpaksa mencatu bekalan.

``Kami berada dalam musim kering sekarang dengan debu yang mencemari bantuan bekalan namun kebimbangan utama kami ialah mendapatkan air untuk mangsa,’’ katanya. - Reuters