Oddity Central melaporkan, insiden itu didedahkan Jabatan Otorinolaringologi di Hospital Universiti Asia Taiwan yang merawat pelajar tersebut.

Pengarah jabatan ber­kenaan, Dr. Tian Huiji berkata, pelajar itu datang ke hospital dan mengadu sebelah telinga­nya tidak dapat mendengar dan memberitahu dia mempunyai tabiat memakai fon telinga bagi mendengar lagu sebelum tidur.

“Pelajar itu bernasib baik kerana satu daripada fon teli­nganya tercabut ketika dia tertidur, dan cuba fikirkan apa kesannya jika kedua-dua fon telinga itu masih terpasang pada telinganya?

“Pelajar itu beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selama lima hari, namun pendengarannya benar-benar pulih dalam tempoh setahun,” katanya.

Sehubungan itu, Huiji menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati menggunakan alat tersebut bagi mengelak kes sama berulang.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya terus berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami tanda-tanda serupa dengan pelajar berkenaan.

Jelas beliau, memakai fon telinga ketika tidur sangat berbahaya kerana peredaran darah dalam badan menjadi perlahan dan apabila sel dalam telinga bertindak balas terhadap bunyi yang dikeluarkan daripada alat tersebut, sistem badan tidak dapat membekalkan darah yang secukupnya.

Keadaan itu secara tidak langsung boleh menyebabkan telinga pengguna menjadi pekak.

Selain itu, Huiji memaklumkan fon telinga tidak membenarkan bunyi keluar daripada rongga telinga sekali gus memberi ruang untuk sel-sel pendengaran menjadi rosak.