Press TV yang memetik pengasas bersama kumpulan Hamas, Mahmoud al-Zahar sebagai berkata, rakyat Palestin akan meneruskan demonstrasi antipenjajahan Israel sehingga kepungan rejim berakhir.

“Bantahan yang dikenali sebagai Great March of Return menghasilkan keputusan pen­ting dan ia tidak akan dihentikan sebelum kepungan rejim Israel ditarik balik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa temubual bersama Rangkaian Berita Al-Alam di sini, semalam.

Ketegangan semakin me­ningkat di kawasan sempadan memisahkan Israel dan Gaza sejak 30 Mac lalu.

Penunjuk perasaan Palestin mendesak agar hak mereka untuk kembali semula ke tanah air mereka yang dirampas Israel.

Mengikut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 220 penduduk terbunuh manakala kira-kira 20,000 orang lagi cedera setakat ini.

Gaza dikepung Israel sejak Jun 2007 hingga menyebabkan standard kehidupan penduduk semakin rendah selain mereka dibelenggu masalah kemiskinan dan tiada pekerjaan. – AGENSI