Melalui satu kenyataan Google memaklumkan, apabila pengguna membuat pencarian melalui `Google Search’, pihaknya akan memastikan mereka menerima jawapan yang relevan dalam tempoh beberapa saat.

``Enjin pencarian ini tidak digunakan untuk menetapkan agenda politik dan kami tidak berat sebelah dalam memaparkan keputusan berhubung mana-mana ideologi politik.’’

``Setiap tahun kami memperbaharui beratus-ratus isu bagi memastikan kandungan yang berkualiti tinggi berdasarkan pertanyaan pengguna dan kami bekerja untuk meningkatkan ketepatan Google Search serta kami tidak meletakkan penarafan terhadap keputusan carian bagi memanipulasi sentimen politik,’’ lapornya. - Reuters