Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Google, Jigsaw tawar pakej perlindungan siber percuma

GAMBAR fail  merakamkan penduduk mengundi  semasa pilihan raya
GAMBAR fail merakamkan penduduk mengundi semasa pilihan raya umum Belanda di The Hague. REUTERS

AMSTERDAM 22 Mac – Google dan syarikat bersekutu firma itu, Jigsaw bergabung tenaga bagi melindungi kumpulan politik daripada serangan siber secara percuma.

Ini dilakukan firma teknologi tersebut bagi menangkis kritikan banyak pihak bahawa mereka tidak berusaha untuk menghalang sebarang gangguan penggodaman dan penipuan pilihan raya termasuk dalam pilihan raya Belanda baru-baru ini.

Oleh itu, Alphabet Inc, anak syarikat kepada Jigsaw dan Goo­gle menawarkan kepada penganjur pilihan raya dan kumpulan sivik yang mempunyai bajet rendah, pakej ‘Lindungi Pilihan Raya Anda’ secara percuma.

Perkhidmatan bagi menangkis sebarang serangan ke atas laman web itu telah ditawarkan kepada organisasi berita sejak beberapa tahun lalu di bawah program yang dikenali sebagai Project Shield.

Minggu lalu, Jigsaw yang membangunkan peralatan keselamatan buat kumpulan sivik menyertai usaha Google bagi melindungi laman web maklumat pengundi yang mengalami serangan siber semasa pilihan raya umum Belanda.

Laman KiesKompas dan Stemwijzer yang digunakan kira-kira separuh daripada pengundi berdaftar di Belanda bagi melihat parti yang sesuai dengan pandangan politik mereka berdepan masalah kebanjiran arus trafik pada 14 Mac dan berlanjutan sehingga hari pilihan raya.

“Serangan itu bukan kerja budak-budak, ia amat canggih kerana penyerang terus mencuba menggunakan pelbagai cara serangan tanpa henti,” kata Pengarah KiesKompas, Willem Blanken.

KiesKompas mendapatkan bantuan Jigsaw pada petang 14 Mac ketika Stemwijzer atau VoteGuide menggunakan perkhidmatan NBIP, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diwujudkan oleh kira-kira 100 pembekal telekomunikasi dan internet Belanda.

Perkhidmatan panduan pilihan raya itu kekal tidak berfungsi semasa waktu pagi hari pengundian sebelum kembali pulih pada waktu tengah hari.

Sementara itu, jurucakap bagi Jigsaw berkata, syarikat itu me­rancang menawarkan pakej ‘Lin­dungi Pilihan Raya Anda’ secara percuma kepada individu dan organisasi yang terlibat dalam pilihan raya di Perancis, Korea Selatan dan Jerman. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain