PRESIDEN Korea Selatan, Park Geun-hye.-AGENSI

Menurut portal berita Channel News Asia, dalam mesej yang ditujukan secara langsung kepada tentera dan rakyat Korea Utara, Geun-Hye menjemput mereka untuk berpindah ke ‘pangkuan kebebasan’ di Korea Selatan.

“Kami menyedari realiti mengerikan yang anda hadapi. Nilai-nilai universal kebebasan, demokrasi, hak asasi manusia dan kebajikan adalah hak berharga anda juga perlu nikmati.

“Kami akan terus membuka jalan untuk anda mencari harapan dan menjalani kehidupan yang baharu. Sila datang ke pangkuan kebebasan di Selatan apabila anda mahu,” kata Park dalam ucapannya sempena sambutan Hari Angkatan Tentera di negara itu.

Panggilan tersebut hadir sebulan selepas Timbalan Duta Korea Utara ke Britain berpaling tadah ke Korea Selatan, sekaligus meningkatkan propaganda dan ketegangan di wilayah tersebut.

Sejak beberapa tahun lalu, hampir 30,000 rakyat Korea Utara memilih untuk menetap di Korea Selatan bagi melepaskan diri dari belenggu kemiskinan dan penindasan di negara mereka. - AGENSI