Perkara itu disampaikan oleh Senator Florida, Marco Rubio menerusi surat yang dihantar kepada Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Setiausaha Perbendaharaan, Steve Mnuchin serta semua anggota Kongres daripada kedua-dua parti.

Dalam surat berkenaan, ahli-ahli politik di negara ini mendesak supaya pentadbiran Trump me­ngenakan sekatan terhadap tujuh pegawai China dan dua pengeluar peralatan pemantau.

China sehingga kini menafikan kesemua dakwaan berhubung kebanyakan penduduk etnik Ui­ghur ditahan secara besar-besaran dalam kem pengasingan.

Wakil China dalam mesyua­rat bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada awal bulan ini menegaskan kawalan keselamatan diperketatkan di Xinjiang bagi memben­dung kegiatan keganasan dan puak pelampau, namun tidak menya­sarkan mana-mana kumpulan et­nik dan menyekat kebebasan ber­agama.

China menyifatkan laporan me­ngenai kem pengasingan ter­se­but sebagai tidak benar, seba­lik­nya menegaskan kesemua kem itu adalah pusat pendidikan dan latihan kepada kumpulan pe­salah kecil-kecilan.

Namun, banyak pertubuhan bukan kerajaan dan golongan pakar China percaya keadaan sebenar jauh berbeza daripada apa yang dijangkakan.

Hal demikian kerana beberapa dokumen rasmi dan pengalaman bekas tahanan di kem-kem pe­n­g­a­­singan menunjukkan Chi­na cuba menyemai budaya ser­ta fahaman politik komunis dalam kehidupan etnik Uighur.– AFP